Tuesday 31 May 2011

Kepentingan Magnesium

Pengenalan
Magnesium merupakan unsur sangat penting untuk kehidupan. Kedua-dua tumbuh-tumbuhan dan manusia memerlukan magnesium untuk hidup, galian yang memainkan peranan dalam fotosintesis dalam tumbuh-tumbuhan dan banyak tindakbalas metabolik dalam manusia dan haiwan.
Magnesium adalah ko-faktor dalam lebih 300 tindakbalas enzimatik dalam manusia. Ia diperlukan untuk homeostasis natrium, kalium dan kalsium dan juga dalam pembentukan, pemindahan, penyimpanan dan penggunaan adenosine trifosfat, ATP (‘matawang’ tenaga dalam badan) di peringkat sel. Anda tidak hidup tanpa magnesium. Lebih rendah tahap magnesium selular, lebih cepat penyakit dibangunkan dan lebih cepat anda menjadi tua. Begitu mudah.
Berlakukah masalah defisiensi magnesium?
Fakta yang terdapat kini menunjukkan hanya 35% masyarakat kita mengambil magnesium mengikut dos saranan harian, ‘recommended daily allowance (RDA)’ yaitu 300 – 400 mg sehari. Angka ini bagi rakyat Amerika adalah 25%. Bagi mendapatkan cukup magnesium, seseorang perlu memakan lebihkurang 2000 kalori sehari. Kekacang, bijirin dan ulam hijau mengandungi banyak magnesium.
3 punca defisiensi magnesium

    1. Diet rendah magnesium. Dalam negara yang sibuk membangun, rakyatnya menumpukan kepada makanan segera dan membeli makanan dari outlet masakan longgok. Masakan sedemikian rendah dalam kandungan magnesium. 99% magnesium dalam gula tebu hilang apabila ia dibersihkan menjadi gula putih. 80-96% kandungan magnesium dalam gandum dan beras dibuang bila dibersihkan menjadi tepung putih. Magnesium tidak ditambah kembali ke tanah, juga ke dalam tepung gandum dan beras yang diputihkan yang ‘diperkayakan’ selepas kulit bijirin-bijirin ini dibuang. 50% magnesium dihilangkan semasa memasak menjadi kuah. Diet Asia, yang mengambil bijirin-penuh, biasanya membekalkan 500-700mg magnesium sehari sementara diet barat hanya mendapat sepertiga amaun tersebut.
  • Penyerapan usus. Pengambilan minuman ringan (pop atau soda) mengurangkan penyerapan magnesium oleh badan.Di usus, asid fosforik dalam minuman ringan dan fosfat dalam serbuk penaik bergabung dengan magnesium membentuk magnesium fosfat, hasilan yang tak-larut, dan dikumuh melalui najis. Diet rakyat Malaysia hari ini yang banyak mengambil susu, lemak yang tinggi, kandungan kalsium adalah melebihi 4 kali ganda magnesium. Diet yang tidak seimbang ini diburukkan lagi dengan kandungan lemak yang tinggi cenderung menekan penyerapan magnesium. Suplemen kalsium berlebihan untuk menggalakkan tumbesaran tulang dalam kanak-kanak dan mencegah osteoporosis dalam orang dewasa mengakibatkan kekurangan penyerapan magnesium. Oleh itu, untuk memaksimakan penyerapan magnesium, tinggalkan aiskrim (biasanya sangat tinggi kandungan gula dan lemak), coklat (tinggi gula dan lemak), minuman ringan berkabonat (tinggi kandungan fosfat), muzik yang kuat/keras/bising (bising=stres/tekanan), pizza (tinggi lemak), ‘milk shakes’ (tinggi kalsium, gula dan lemak), ‘chips’ kentang (tinggi garam dan lemak). Mampukah orang Malaysiamelakukannya?

  • kehilangan magnesium melalui air kencing dan tahi. Magnesium mampu dikitarsemula pada kadar 95% oleh buah pinggang. Bagaimanapun, diet yang tinggi dengan protin haiwan, gula, natrium dan kalsium menggalakkan kehilangan magnesium sebagaimana juga pengambilan alkohol. Tahap adrenalin dalam darah yang tinggi dan kortisol (hormon yang dikeluarkan semasa stres) menyebabkan kehilangan magnesium melalui air kencing. Demikian juga bunyi bising dan tekanan haba yang panas menggalakkan kehilangan magnesium melalui kencing.
Ujian tahap magnesium dalam darah
60% magnesium dalam badan kita berada dalam tulang, 39% dalam sel-sel dan hanya 1% dalam darah. Hubungan diantara tahap magnesium dalam darah dan dalam sel amat samar untuk digambarkan. Keseluruhan tahap magnesium boleh turun sehingga 20% semasa berpuasa, tanpa sebarang perubahan kandungan dalam darah. Sementara tahap magnesium yang rendah dalam darah sebenarnya menandakan penyakit yang serius, satu bacaan ‘normal’ bagi tahap magnesium dalam darah akan diperolehi daripada ujian makmal menggunakan kaedah biasa (tradisional), pada hal sebenarnya terdapat kekurangan magnesium dalam sel (intraselular). Sehingga hari ini tiada satu ujian khusus bagi tahap magnesium dalam tisu. Satu kaedah yang tepat tetapi menyusahkan, mengukur tahap magnesium ialah pengukuran magnesium dari pengumpulan air kencing 24 jam selepas memuat magnesium secara ‘intavenous’. Ini jarang dilakukan atas sebab komplians pesakit.
Banyak mana magnesium dikatakan mencukupi?
RDA untuk magnesium ialah 2mg/ lb berat badan. Kebanyakan pakar mempercayai antara 2.7 – 4.5mg/lb berat badan (lebihkurang 400 – 700 mg sehari) adalah optimal. Setengah daripada penyelidikan yang sedang diteruskan menyarankan sehingga 1000mg sehari untuk kesihatan sempurna, menggunakan gejala cirit-birit sebaga pengukur sasaran.
Gejala-gejala biasa defisiensi magnesium.
  1. Muscular-skeletal: osteoporosis, kelesuan dan lemah kronik, menggeletar, kejang otot dan perasaan tak-tenteram.
  2. Kadiovaskular: atherosclerosis, arrhythmia, mati mengejut dan kejang urat-darah (mengecut).
  3. Isu wanita: sindrom premenstrual dan mereyan.
  4. Psikiatrik: sensitif, tekanan jiwa.
  5. Neurologikal: migrain, bunyi bising dan terlalu sensitif kepada sakit.
  6. Endokrin: rintangan insulin.
Kegunaan klinikal magnesium
pencegahan dan menangani osteoporosis posmenopausal primer (ppmo)
Mensuplemen kalsium untuk menangani PPMO telah meningkat sejak 1987, tahun dimana Institut Kesihatan Kebangsaan Amerika Syarikat menaikkan RDA kalsium kepada 1500mg untuk mencegah oeteoporosis disebabkan menopaus. Ini direkomenkan walaupun terdapat banyak kajian klinikal yang merumuskan pelbagai kontroversi. Keputusan sesetengah kajian terkawal menunjukkan tiada kesan yang menonjol, positif, terhadap ketumpatan galian dalam tulang trabekular dan sedikit sangat ke atas tulang kortikal. Oleh kerana PPMO selalunya disebabkan kehilangan galian tulang trabekular, tiada justifikasi untuk memberikan dos mega kalsium dalam wanita menopaus. Hakikatnya kalsifikasi tisu-tisu lembut menjadi faktor risiko serius semasa dos tinggi kalsium pada sesetengah keadaan. Penyelidik seperti Dr Guy Abraham berpendapat program diet keseluruhan menekankan magnesium daripada kalsium dalam menguruskan PPMO adalah lebih berkesan dalam mencegah kehilangan tulang. Dalam kajiannya yang melibatkan pemberian suplemen 500mg kalsium (50% daripada RDA) dan 600mg magnesium (200% daripada RDA) keputusan menunjukkan dalam wanita menopaus yang mengambil terapi hormon gantian, mereka yang mengambil magnesium tinggi mendapat ketumpatan tulang 16 kali ganda lebih daripada mereka yang mengambil kalsium pada dos berkenaan.
Mereka yang sependapat dengan Dr Abraham menjangkakan PPMO adalah disebabkan defisiensi magnesium yang kronik, diburukkan oleh pengunduran estrogen semasa menopaus. Mereka mencadangkan menaikkan RDA magnesium kepada 1000mg/hari dan mengurangkan RDA kalsium kepada 500mg/hari. Penterbalikan nisbah magnesium/kalsium akan mengurangkan terjadi dan penonjolan penyakit-penyakit degeneratif lain juga.
  1. pencegahan penyakit kadiovaskular
Penyakit kadiovaskular memang dikaitkan dengan kekurangan magnesium, seperti kematian mengejut daripada penyakit jantung iskimik pesakit-pesakit infaksi jantung, arrhythmia dan seumpamanya.
Magnesium terdapat dengan banyak dalam ’nut’seperti almond dan kacang tanah. Penyelidikan menunjukkan penggemar kacang (makan 5 kali seminggu) mengalami ½ peluang terkena serangan jantung berbanding yang makan kacang seminggu sekali.
Kajian epidemiologi memberikan bukti sama. Kadar kematian lebih rendah penyakit jantung koronari di Jepun, China, India dan Itali dibandingkan mereka di Eropah dan Amerika merujuk kepada perbezaan pemakanan kolesterol dan lemak tepu sebagai faktor penyebab utama.
Paling kritikal adalah peranan garam dalam makanan harian.Dalam negara dengan kadar kematian penyakit jantung rendah, kebanyakan magnesium dating dari garam makanan dibuat dari air laut (melalui proses pengeringan). Garam jenis ini mengadungi kalsium, kalium dan jumlah kandungan magnesium yang tinggi disamping natrium.Garam yang yang dimakan penduduk Amerika Utara banyak datangnya dari tasik-lombong. Selepas dibasuh dengan asid hidroklorik dan dihablurkan semula, garam bersih ini mengandungi hamper 99% natrium klorid. Orang Jepun mengambil 10g garam dari air laut sehari, ini membekalkan kuranglebih 1500mg magnesium. Ini sudah menghampiri 4 kali ganda RDA magnesium dan 5 kali ganda purata apa yang diamalkan orang Amerika.Orang-orang dari negara yang memakan garam dari air laut menanggung lebih kajadian darah tinggi dan strok (mungkin disebabkan natrium yang tinggi) tetapi kadar lebih rendah penyakit jantung (mungkin disebabkan pengambilan lebih magnesium). Dengan kenaikan penggunaan natrium klorid tulin dalam 20 tahun kebelakangan ini, diperhatikan kenaikan dalam kes penyakit jantung (CHD) juga berlipatkali ganda.
Pelbagai jenis ‘cardiac arrhythmias’ telah dikaitkan dengan takequilibrium magnesium, termasuk tachycardia, fibrilasi dan degupan ektopik. Spasma koronari juga adalah merupakan tabiat patogenik hipomagnesemia (kekurangan magnesium dalam darah). Bukti meluas menunjukkan hubungan kekurangan magnesium dengan kematian jantung, keadaan yang meragut 300,000 nyawa setiap tahun.
Defisiensi magnesium, disamping mewujudkan kesan negatif pada pengeluaran tenaga yang diperlukan mitokondria bagi mengeluarkan ATP, juga mengurangkan’threshold’ kapasiti antioksidan sistem kadiovaskular dan rintangannya kepada kerosakan disebabkan radikal bebas. Vitamin E telah diketahui memiliki sifat melindungi yang kuat terhadap ‘luka’ otot-jantung dan kadiomyopathi yang disebabkan kekurangan magnesium.Magnesium bertindak sebagai antioksidan melawan kerosakan disebabkan radikal bebas ke atas mitokondria, ia telah digelar ‘calcium channel blocker’ asli kerana keupayaannya mencegah spasma arteri koronari, arrhythmia dan menurunkan tekanan darah.
  1. sindrom pramenstrual, diabetes, tekanan jiwa, dan kelesuan kronik
Wanita yang mengalami sindrom pramenstrual didapati memiliki tahap magnesium yang rendah. Oleh sebab magnesium adalah kofaktor dalam ratusan tindakbalas enzim, kebanyakannya yang mengawal fungsi membren sel, mudah untuk kita melihat bagaimana peranan asas dalam sistem-sistem pelbagai organ oleh magnesium, walaupun tiada bukti yang konklusif menghubungkan tahap magnesium secara terus dengan PMS.
Magnesium berperanan sebagai ‘messenger’ kedua kepada tindakan insulin. Insulin sendiri telah dibuktikan sebagai faktor regulatori yang penting untuk pengumpulan magnesium intraselular. Suplemen magnesium ke dalam diet telah menunjukkan pemulihan kedua-dua respon dan aksi insulin dalam pesakit-pesakit diabetes jenis 2 (NIDD).
Magnesium juga membantu mengatur fungsi sel saraf.Kehadirannya dalam amaun yang mencukupi dalam ruang sinaptik antara sel-sel saraf mengawal kadar ‘tembakan’ neuron. Saraf mudah melepaskan ‘tembakan’ apabila tahap magnesium adalah rendah. Kesan ‘tembakan’ yang terlalu kerap ini ialah pertambahan sensitiviti kepada segala jenis ransangan. Hingar-bangar akan berbunyi tersangat kuat, tindakbalas emosi akan diperbesarkan, dan otak akan terlalu teransang dan menyukarkan tidur. Defisiensi magnesium akan menyebabkan tegangan otot yang berlebihan (seperti spasma dan perasaan tak-tentu-hala) sebab magnesium diperlukan di persimpangan neuro-otot untuk membenarkan otot merelaks. Kelesuan kronik adalah satu lagi entiti klinikal yang biasa yang dikaitkan dengan defisiensi magnesium.
Kekurangan magnesium mampu menonjolkan gejala-gejala psikiatrik yang biasa termasuk tekanan jiwa, cemas, gundah dan mudah terasa. Pesakit tekanan jiwa diperhatikan memiliki tahap magnesium yang rendah. Suplemen magnesium secara oral telah dicuba sebagai tambahan kepada rawatan pesakit psikiatrik dan terbukti berjaya dalam ‘bipolar affective-disorder’ yang beralih-pusing dengan cepat.
Perbincagan
Magnesium nampaknya adalah galian paling diketepikan dalam hidup kita. Lebih daripada 70% orang Malaysia adalah kekurangannya walaupun pada piawaian yang disaran RDA. Pakar-pakar perubatan dan penyelidik-penyelidik penyakit semuanya mengiktiraf kepentingan klinikal magnesium.
Suplemen magnesium disyorkan bagi orang-orang sihat juga mereka yang mengalami osteoporosis, penyakit jantung, diabetes, sindrom kelesuan kronik, sindrom pramenstrual dan darah tinggi.
Defisiensi, kekurangan, magnesium pada tahap intrselular amat sukar diukur. Ujian darah menggunakan kaedah makmal tradisional (biasa hari ini) tidak memberikan tanda yang baik tahap magnesium pada perspektif kesihatan optima dan pencegahan penyakit. Keputusan ujian darah seseorang mungkin ‘biasa’ padahalnya tahap intraselular adalah ‘defisien’.
Dengan itu, keputusan memberikan suplemen magnesium hendaklah bergantung atas pemeriksaan faktor-faktor pendedahnya dan gejala-gejala. 100-200mg suplemen magnesium dengan setiap makan (tiga kali sehari) nampaknya adalah syor yang munasabah dan selamat bagi orang dengan fungsi buah pinggang biasa dan bagi mereka yang tidak mengambil laxatif dan antasid yang mengandungi magnesium secara ‘regular’. Tahap penambahan ini, bersama-sama purata pengambilan magnesium dari makanan, diet, akan membawa jumlah pengambilan harian sehaluan dengan 400-700mg sehari yang disarankan oleh ramai penyelidik-penyelidik dan ‘clinicians’ berorientasikan nutrisi untuk kesihatan optima.

Sunday 29 May 2011

Basic Dalam Pengiraan QC

Basic In Statistical Values

1.Central Tendencies
  • Mean
  • Mode 
  • Median
2.Variation
  • Standard Deviation
  • Coefficient of Variation


Apa itu MEAN dalam sesebuah QC?

Mean adalah purata data yg diorang (selalunya syarikat pembekal la yg buat) pada QC  yang kita dok beli kat diorang. QC tu diorang da ambil anggaran kepekatannye (tah bape ratus kali diorang repeat ke ape ke) dengan cara run kan QC tu guna teknik yg lebih tepat atau method dari machine yang konon2nye ultimate habis la ketepatannya, dan amek purata tu. Ni formula die..

x=data, n=bil data yg diambil
Paham tak? Erm.. mcm nie.. QC nie.. kite nak buat sendiri pun boleh sebenarnya, dengan syarat kite yakin analyser kite tu best tahap cipan la dan sangat2 accurate la..
Cara2nya..
  1. Amek serum patient, kita ble pool kan jadi satu kalo tak cukup.. maknenye cam amek 20 plasma/serum dari 20 pt berbeza(kalo pt yg sama lg bagus la), dari tube yg same (maksudnye kalo dari tube heparin, kene semua heparin la..)
  2. Lepas tu, gaul semua sehingga sebati dan diyakini sebati.. hehehe
  3. Pastu korang run kan berulang pada analyser yang diyakini tanpa was-was tu dalam 20 ke 30 ke nak 100 kali pun takpe..
  4. Da keluar result tu, kumpul semua data(result) tu. Dan cek satu2..
  5. Buang semua outlayer yakni kek2 lapis yang layernya tak menjadi tu..iaitu result yang tersasar jauh dari kebanyakkan result. paham? tak? cenggini.. contohnye result 1= 56,  result 2=56, result 3=57, result 4=61 dan result 5=56.. so outlayer yg kene buang adalah result ke 4 sebab tersasar jauh dari lain2 sebab kite kene assume die adelah random error walaupun sebenarnye mesin tu yg tak bape sehat kerana outlayer ni akan ganggu result mean.
  6. Lepas buang semua outlayer tu, korang tambah semua result yang ada tadi dan bahagi dengan jumlah data yang korang collect. Gune formula yg disertakan kat atas.
  7. Pastu dapat la mean.. dan dengan mean yg da dapat tu, pooled sample tadi ble la run hari2 jadikan QC internal.(kalo lab korang sangat sengkek la..) tapi kaedah ni susah sebab kita tak sure ketepatan mesin kite tuh yg tah korang buat ke tak la monthly/weekly/daily mantainence tuh..

Ape itu Mode?

Mode adalah kekerapan yang paling tinggi dalam semua data(result) yang ko da kumpul tadi..
ermm.. contohnye..

Bil                Result(data)
1                      56
2                      56
3                      57
4                      56
5                      56
6                      55


So.. mode bagi sample data kat atas adalah 56 la sebab die yang paling kerap.
Mode adalah di mana kita ble tgk peak atau frequency data tu dan bechmark kalo ada systemic error/bias terutamanya kalo data yg diambil tu sikit.



Ape itu Median?

Median adalah jumlah di tengah2 data. Hehe.. cam tak paham ek? cenggini citenye.. semua data yg korang kumpul tadi..disusun dari terendah sampai la tertinggi, pastu result yang paling tengah kita ambil. Cthnye..

Bil                Result(data)                                 Bil             Result(data)
1                      56                                             1                   55
2                      56                                             2                   55
3                      57                        _____           3                   56
4                      56                                             4                   56
5                      56                                             5                   56
6                      55                                             6                   56
7                      55                                             7                   57
DATA DIKUMPUL                                        DATA DISUSUN IKUT TURUTAN


So yang aku highlightkan kaler kuning tu adelah Mediannye..
motif median? adalah die lebih tepat mengikut kecenderungannya untuk semua type data,median juagk lebih stabil berbanding mean walaupun saiz data yang dikumpul kecik(sedikit). Pengukurannya lagi sensitif dari mean sebab ianya mngikut ranking bukan mengikut besarnya data. Sebab tu RCPA guna median dalam statisticnya.


Apa itu CV- Coefficient Variation

CV adalah peratus yang mambandingkan pembolehubah dalam 2 set data. Ia sangat-sangat berguna contohnya dalam QA program. CV pun bagus untuk kita bandingkan test dengan method yang berlainan. Formulanya adalah..
Mean da explen kat atas.. tinggal Standard Deviation je kan..

Ha.. tu ade 2 formula yg same.. aku suggest korang tengok yang belah kiri tu jek.. yang belah kanan complicated takot lg serabut.


 Standard Deviation (SD)

SD ni adelah purata jauhnya jumlah yang kita dapat dari MEAN. SD yang rendah maknenye ketepatan data tu makin bagus sebab dekat dengan MEAN. Manakala SD yang tinggi menunjukkan data tu tersebar dengan berbagai-bagai nilai. Nie formula SD..
Xi=Data  x=mean  n=bil data
Aku sendri nak explen formula ni akan menyebabkan korang lagi tak paham.. so aku simplified kan cara nak dapat SD adalah data yg da kumpul tadi,Setiap data tolak dengan MEAN siap-siap kuasa duakan dan totalkan semua.. contoh lagi...  MEAN data kat bawah adelah =55

Bil                Result(data)/x               Data tolak MEAN       
1                      56                                     56-55=1
2                      56                                     56-55=1
3                      57                                     57-55=2
4                      56                                     56-55=1
5                      56                                     56-55=1
6                      55                                     55-55=0
7                      55                                     55-55=0

Data yg da tolak MEAN tu.. campur semua, bahagi dengan bil data iaitu=7 tolak 1 dan punca kuasakan semula.. dapat la SD..SD bagi data di atas adalah 1.15

k la.. aku da penat menulis.. masa utk tido..

Saturday 28 May 2011

HOW TO LOAD REAGENT AT LX 20 PRO

1) LOADING/UNLOADING REAGENT.

a) Cara untuk load MC reagent.(Modular chemistry)

reagents/cal

MC reagents

(F1) load
Pilih bahan kimia yang hendak di load
cth :electrolyte reference

select clear

keluarkan reagent di bawah

masukkan reagent yang baru dan scan barcode
(pastikan label tarikh ditulis)

scan barcode hingga bunyi "beep"
menandakan ia berjaya scan

selesai,tekan (f10) done.

b) Cara nak load reagent CC (cartridge chemistry)

reagents/cal

pilih reagent apa yg hendak diload
cth : select ck

load

tunggu sehingga lampu merah dan bunyi

keluarkan reagent yang lama dan scan

automatik ia akan clear

then,masukkan reagent yg baru dan scan barcode
(labelkan tarikh)

close corousel reagent.

* pastikan reagent apa yg perlu dibancuh,mengikut arahan yg diberi.

c) Cara untuk calibration

select reagent/cal

cliks
(na,k,cl,cal,ck,glu)
pastikan pada cal status "cal requested"

clicks cal (F4)

masukkan calibrator aqua pada rak no.1
position 1,2,3

run

result calibrator print

d) Cara untuk run QC (pastikan pada cal status "calibrated"

keluarkan QC dr fridge (C7,C8)
(pastikan ia nya sudah di mixkan,tanpa ada bubble)

masukkan dalam rak no.8
(gunakan biorad control)

clicks sample

select clear (F7)
(scan rak dan clearkan)

clicks ok to confirm

control (F5)

clicks (Lypo 1)

program control (F5)

control ID

BIORAD 1

tekan 1 plus magnesium
(enter)

save

* jalankan langkah yg sama untuk lipocheck 2(lypo 2)

masukkan QC tadi:
position 1: C7
position 2: C8

Run

d) cara untuk lihat QC

QC

lipocheck 1

chart

taipkan tarikh

ok

clear

tekan test yg dijalankan

ok


Friday 27 May 2011

WHAT IS A RENAL PROFILE?

A renal profile is a diagnostic test that is designed to collect information about kidney function. It may be ordered if a doctor suspects that a patient has kidney problems or as part of an overall health screening to identify any medical problems a patient may be experiencing. The test requires a blood sample for analysis and may be performed as part of a full blood panel to determine the cause of a medical issue.

In a renal profile, a technician checks for levels of creatinine, calcium, sodium, chloride, carbon dioxide, albumin, blood urea nitrogen (BUN), protein, phosphorus, glucose, and potassium in the blood. The technician uses reference ranges established for patients of the same age and gender to determine whether or not levels are abnormal. Based on this information, the technician generates a report with a listing of the levels and notes on any unusual findings in the renal profile.

When someone goes to the doctor with problems relating to urination, such as excessive thirst and urination, painful urination, straining, and so forth, a urinalysis is usually ordered first to determine if the explanation for the problem is in the bladder. If the urinalysis results are abnormal, a renal profile may be requested to collect more information and see if the problem lies in the kidneys. Renal profiles can also be used as diagnostic tools for people with conditions like gout.

In people with chronic kidney problems, including kidney disease and kidney failure, renal profiles are used for monitoring. If there are sudden changes in the renal profile, it suggests that the patient may be developing a medical problem that requires treatment. In addition, renal profiles are used to monitor kidney health after a transplant or living donation to ensure a patient is doing well and to identify any complications before they develop into major problems.

Usually test results come back quickly, especially if the sample was taken in a facility that has its own lab. The doctor will call with the results and discuss further options with the patient. This may be as simple as a phone call to let a transplant patient know that she or he is doing well, or it may involve discussing additional diagnostic testing to learn more about a problem happening inside a patient's kidneys. Additional testing options can include medical imaging studies to visualize the kidneys, as well as biopsies to determine whether or not cell changes are occurring in the kidneys.