Tuesday 31 May 2011

Kepentingan Magnesium

Pengenalan
Magnesium merupakan unsur sangat penting untuk kehidupan. Kedua-dua tumbuh-tumbuhan dan manusia memerlukan magnesium untuk hidup, galian yang memainkan peranan dalam fotosintesis dalam tumbuh-tumbuhan dan banyak tindakbalas metabolik dalam manusia dan haiwan.
Magnesium adalah ko-faktor dalam lebih 300 tindakbalas enzimatik dalam manusia. Ia diperlukan untuk homeostasis natrium, kalium dan kalsium dan juga dalam pembentukan, pemindahan, penyimpanan dan penggunaan adenosine trifosfat, ATP (‘matawang’ tenaga dalam badan) di peringkat sel. Anda tidak hidup tanpa magnesium. Lebih rendah tahap magnesium selular, lebih cepat penyakit dibangunkan dan lebih cepat anda menjadi tua. Begitu mudah.
Berlakukah masalah defisiensi magnesium?
Fakta yang terdapat kini menunjukkan hanya 35% masyarakat kita mengambil magnesium mengikut dos saranan harian, ‘recommended daily allowance (RDA)’ yaitu 300 – 400 mg sehari. Angka ini bagi rakyat Amerika adalah 25%. Bagi mendapatkan cukup magnesium, seseorang perlu memakan lebihkurang 2000 kalori sehari. Kekacang, bijirin dan ulam hijau mengandungi banyak magnesium.
3 punca defisiensi magnesium

    1. Diet rendah magnesium. Dalam negara yang sibuk membangun, rakyatnya menumpukan kepada makanan segera dan membeli makanan dari outlet masakan longgok. Masakan sedemikian rendah dalam kandungan magnesium. 99% magnesium dalam gula tebu hilang apabila ia dibersihkan menjadi gula putih. 80-96% kandungan magnesium dalam gandum dan beras dibuang bila dibersihkan menjadi tepung putih. Magnesium tidak ditambah kembali ke tanah, juga ke dalam tepung gandum dan beras yang diputihkan yang ‘diperkayakan’ selepas kulit bijirin-bijirin ini dibuang. 50% magnesium dihilangkan semasa memasak menjadi kuah. Diet Asia, yang mengambil bijirin-penuh, biasanya membekalkan 500-700mg magnesium sehari sementara diet barat hanya mendapat sepertiga amaun tersebut.
  • Penyerapan usus. Pengambilan minuman ringan (pop atau soda) mengurangkan penyerapan magnesium oleh badan.Di usus, asid fosforik dalam minuman ringan dan fosfat dalam serbuk penaik bergabung dengan magnesium membentuk magnesium fosfat, hasilan yang tak-larut, dan dikumuh melalui najis. Diet rakyat Malaysia hari ini yang banyak mengambil susu, lemak yang tinggi, kandungan kalsium adalah melebihi 4 kali ganda magnesium. Diet yang tidak seimbang ini diburukkan lagi dengan kandungan lemak yang tinggi cenderung menekan penyerapan magnesium. Suplemen kalsium berlebihan untuk menggalakkan tumbesaran tulang dalam kanak-kanak dan mencegah osteoporosis dalam orang dewasa mengakibatkan kekurangan penyerapan magnesium. Oleh itu, untuk memaksimakan penyerapan magnesium, tinggalkan aiskrim (biasanya sangat tinggi kandungan gula dan lemak), coklat (tinggi gula dan lemak), minuman ringan berkabonat (tinggi kandungan fosfat), muzik yang kuat/keras/bising (bising=stres/tekanan), pizza (tinggi lemak), ‘milk shakes’ (tinggi kalsium, gula dan lemak), ‘chips’ kentang (tinggi garam dan lemak). Mampukah orang Malaysiamelakukannya?

  • kehilangan magnesium melalui air kencing dan tahi. Magnesium mampu dikitarsemula pada kadar 95% oleh buah pinggang. Bagaimanapun, diet yang tinggi dengan protin haiwan, gula, natrium dan kalsium menggalakkan kehilangan magnesium sebagaimana juga pengambilan alkohol. Tahap adrenalin dalam darah yang tinggi dan kortisol (hormon yang dikeluarkan semasa stres) menyebabkan kehilangan magnesium melalui air kencing. Demikian juga bunyi bising dan tekanan haba yang panas menggalakkan kehilangan magnesium melalui kencing.
Ujian tahap magnesium dalam darah
60% magnesium dalam badan kita berada dalam tulang, 39% dalam sel-sel dan hanya 1% dalam darah. Hubungan diantara tahap magnesium dalam darah dan dalam sel amat samar untuk digambarkan. Keseluruhan tahap magnesium boleh turun sehingga 20% semasa berpuasa, tanpa sebarang perubahan kandungan dalam darah. Sementara tahap magnesium yang rendah dalam darah sebenarnya menandakan penyakit yang serius, satu bacaan ‘normal’ bagi tahap magnesium dalam darah akan diperolehi daripada ujian makmal menggunakan kaedah biasa (tradisional), pada hal sebenarnya terdapat kekurangan magnesium dalam sel (intraselular). Sehingga hari ini tiada satu ujian khusus bagi tahap magnesium dalam tisu. Satu kaedah yang tepat tetapi menyusahkan, mengukur tahap magnesium ialah pengukuran magnesium dari pengumpulan air kencing 24 jam selepas memuat magnesium secara ‘intavenous’. Ini jarang dilakukan atas sebab komplians pesakit.
Banyak mana magnesium dikatakan mencukupi?
RDA untuk magnesium ialah 2mg/ lb berat badan. Kebanyakan pakar mempercayai antara 2.7 – 4.5mg/lb berat badan (lebihkurang 400 – 700 mg sehari) adalah optimal. Setengah daripada penyelidikan yang sedang diteruskan menyarankan sehingga 1000mg sehari untuk kesihatan sempurna, menggunakan gejala cirit-birit sebaga pengukur sasaran.
Gejala-gejala biasa defisiensi magnesium.
  1. Muscular-skeletal: osteoporosis, kelesuan dan lemah kronik, menggeletar, kejang otot dan perasaan tak-tenteram.
  2. Kadiovaskular: atherosclerosis, arrhythmia, mati mengejut dan kejang urat-darah (mengecut).
  3. Isu wanita: sindrom premenstrual dan mereyan.
  4. Psikiatrik: sensitif, tekanan jiwa.
  5. Neurologikal: migrain, bunyi bising dan terlalu sensitif kepada sakit.
  6. Endokrin: rintangan insulin.
Kegunaan klinikal magnesium
pencegahan dan menangani osteoporosis posmenopausal primer (ppmo)
Mensuplemen kalsium untuk menangani PPMO telah meningkat sejak 1987, tahun dimana Institut Kesihatan Kebangsaan Amerika Syarikat menaikkan RDA kalsium kepada 1500mg untuk mencegah oeteoporosis disebabkan menopaus. Ini direkomenkan walaupun terdapat banyak kajian klinikal yang merumuskan pelbagai kontroversi. Keputusan sesetengah kajian terkawal menunjukkan tiada kesan yang menonjol, positif, terhadap ketumpatan galian dalam tulang trabekular dan sedikit sangat ke atas tulang kortikal. Oleh kerana PPMO selalunya disebabkan kehilangan galian tulang trabekular, tiada justifikasi untuk memberikan dos mega kalsium dalam wanita menopaus. Hakikatnya kalsifikasi tisu-tisu lembut menjadi faktor risiko serius semasa dos tinggi kalsium pada sesetengah keadaan. Penyelidik seperti Dr Guy Abraham berpendapat program diet keseluruhan menekankan magnesium daripada kalsium dalam menguruskan PPMO adalah lebih berkesan dalam mencegah kehilangan tulang. Dalam kajiannya yang melibatkan pemberian suplemen 500mg kalsium (50% daripada RDA) dan 600mg magnesium (200% daripada RDA) keputusan menunjukkan dalam wanita menopaus yang mengambil terapi hormon gantian, mereka yang mengambil magnesium tinggi mendapat ketumpatan tulang 16 kali ganda lebih daripada mereka yang mengambil kalsium pada dos berkenaan.
Mereka yang sependapat dengan Dr Abraham menjangkakan PPMO adalah disebabkan defisiensi magnesium yang kronik, diburukkan oleh pengunduran estrogen semasa menopaus. Mereka mencadangkan menaikkan RDA magnesium kepada 1000mg/hari dan mengurangkan RDA kalsium kepada 500mg/hari. Penterbalikan nisbah magnesium/kalsium akan mengurangkan terjadi dan penonjolan penyakit-penyakit degeneratif lain juga.
  1. pencegahan penyakit kadiovaskular
Penyakit kadiovaskular memang dikaitkan dengan kekurangan magnesium, seperti kematian mengejut daripada penyakit jantung iskimik pesakit-pesakit infaksi jantung, arrhythmia dan seumpamanya.
Magnesium terdapat dengan banyak dalam ’nut’seperti almond dan kacang tanah. Penyelidikan menunjukkan penggemar kacang (makan 5 kali seminggu) mengalami ½ peluang terkena serangan jantung berbanding yang makan kacang seminggu sekali.
Kajian epidemiologi memberikan bukti sama. Kadar kematian lebih rendah penyakit jantung koronari di Jepun, China, India dan Itali dibandingkan mereka di Eropah dan Amerika merujuk kepada perbezaan pemakanan kolesterol dan lemak tepu sebagai faktor penyebab utama.
Paling kritikal adalah peranan garam dalam makanan harian.Dalam negara dengan kadar kematian penyakit jantung rendah, kebanyakan magnesium dating dari garam makanan dibuat dari air laut (melalui proses pengeringan). Garam jenis ini mengadungi kalsium, kalium dan jumlah kandungan magnesium yang tinggi disamping natrium.Garam yang yang dimakan penduduk Amerika Utara banyak datangnya dari tasik-lombong. Selepas dibasuh dengan asid hidroklorik dan dihablurkan semula, garam bersih ini mengandungi hamper 99% natrium klorid. Orang Jepun mengambil 10g garam dari air laut sehari, ini membekalkan kuranglebih 1500mg magnesium. Ini sudah menghampiri 4 kali ganda RDA magnesium dan 5 kali ganda purata apa yang diamalkan orang Amerika.Orang-orang dari negara yang memakan garam dari air laut menanggung lebih kajadian darah tinggi dan strok (mungkin disebabkan natrium yang tinggi) tetapi kadar lebih rendah penyakit jantung (mungkin disebabkan pengambilan lebih magnesium). Dengan kenaikan penggunaan natrium klorid tulin dalam 20 tahun kebelakangan ini, diperhatikan kenaikan dalam kes penyakit jantung (CHD) juga berlipatkali ganda.
Pelbagai jenis ‘cardiac arrhythmias’ telah dikaitkan dengan takequilibrium magnesium, termasuk tachycardia, fibrilasi dan degupan ektopik. Spasma koronari juga adalah merupakan tabiat patogenik hipomagnesemia (kekurangan magnesium dalam darah). Bukti meluas menunjukkan hubungan kekurangan magnesium dengan kematian jantung, keadaan yang meragut 300,000 nyawa setiap tahun.
Defisiensi magnesium, disamping mewujudkan kesan negatif pada pengeluaran tenaga yang diperlukan mitokondria bagi mengeluarkan ATP, juga mengurangkan’threshold’ kapasiti antioksidan sistem kadiovaskular dan rintangannya kepada kerosakan disebabkan radikal bebas. Vitamin E telah diketahui memiliki sifat melindungi yang kuat terhadap ‘luka’ otot-jantung dan kadiomyopathi yang disebabkan kekurangan magnesium.Magnesium bertindak sebagai antioksidan melawan kerosakan disebabkan radikal bebas ke atas mitokondria, ia telah digelar ‘calcium channel blocker’ asli kerana keupayaannya mencegah spasma arteri koronari, arrhythmia dan menurunkan tekanan darah.
  1. sindrom pramenstrual, diabetes, tekanan jiwa, dan kelesuan kronik
Wanita yang mengalami sindrom pramenstrual didapati memiliki tahap magnesium yang rendah. Oleh sebab magnesium adalah kofaktor dalam ratusan tindakbalas enzim, kebanyakannya yang mengawal fungsi membren sel, mudah untuk kita melihat bagaimana peranan asas dalam sistem-sistem pelbagai organ oleh magnesium, walaupun tiada bukti yang konklusif menghubungkan tahap magnesium secara terus dengan PMS.
Magnesium berperanan sebagai ‘messenger’ kedua kepada tindakan insulin. Insulin sendiri telah dibuktikan sebagai faktor regulatori yang penting untuk pengumpulan magnesium intraselular. Suplemen magnesium ke dalam diet telah menunjukkan pemulihan kedua-dua respon dan aksi insulin dalam pesakit-pesakit diabetes jenis 2 (NIDD).
Magnesium juga membantu mengatur fungsi sel saraf.Kehadirannya dalam amaun yang mencukupi dalam ruang sinaptik antara sel-sel saraf mengawal kadar ‘tembakan’ neuron. Saraf mudah melepaskan ‘tembakan’ apabila tahap magnesium adalah rendah. Kesan ‘tembakan’ yang terlalu kerap ini ialah pertambahan sensitiviti kepada segala jenis ransangan. Hingar-bangar akan berbunyi tersangat kuat, tindakbalas emosi akan diperbesarkan, dan otak akan terlalu teransang dan menyukarkan tidur. Defisiensi magnesium akan menyebabkan tegangan otot yang berlebihan (seperti spasma dan perasaan tak-tentu-hala) sebab magnesium diperlukan di persimpangan neuro-otot untuk membenarkan otot merelaks. Kelesuan kronik adalah satu lagi entiti klinikal yang biasa yang dikaitkan dengan defisiensi magnesium.
Kekurangan magnesium mampu menonjolkan gejala-gejala psikiatrik yang biasa termasuk tekanan jiwa, cemas, gundah dan mudah terasa. Pesakit tekanan jiwa diperhatikan memiliki tahap magnesium yang rendah. Suplemen magnesium secara oral telah dicuba sebagai tambahan kepada rawatan pesakit psikiatrik dan terbukti berjaya dalam ‘bipolar affective-disorder’ yang beralih-pusing dengan cepat.
Perbincagan
Magnesium nampaknya adalah galian paling diketepikan dalam hidup kita. Lebih daripada 70% orang Malaysia adalah kekurangannya walaupun pada piawaian yang disaran RDA. Pakar-pakar perubatan dan penyelidik-penyelidik penyakit semuanya mengiktiraf kepentingan klinikal magnesium.
Suplemen magnesium disyorkan bagi orang-orang sihat juga mereka yang mengalami osteoporosis, penyakit jantung, diabetes, sindrom kelesuan kronik, sindrom pramenstrual dan darah tinggi.
Defisiensi, kekurangan, magnesium pada tahap intrselular amat sukar diukur. Ujian darah menggunakan kaedah makmal tradisional (biasa hari ini) tidak memberikan tanda yang baik tahap magnesium pada perspektif kesihatan optima dan pencegahan penyakit. Keputusan ujian darah seseorang mungkin ‘biasa’ padahalnya tahap intraselular adalah ‘defisien’.
Dengan itu, keputusan memberikan suplemen magnesium hendaklah bergantung atas pemeriksaan faktor-faktor pendedahnya dan gejala-gejala. 100-200mg suplemen magnesium dengan setiap makan (tiga kali sehari) nampaknya adalah syor yang munasabah dan selamat bagi orang dengan fungsi buah pinggang biasa dan bagi mereka yang tidak mengambil laxatif dan antasid yang mengandungi magnesium secara ‘regular’. Tahap penambahan ini, bersama-sama purata pengambilan magnesium dari makanan, diet, akan membawa jumlah pengambilan harian sehaluan dengan 400-700mg sehari yang disarankan oleh ramai penyelidik-penyelidik dan ‘clinicians’ berorientasikan nutrisi untuk kesihatan optima.

1 comment: