Sunday 12 June 2011

Internal & External QC

Internal vs External QC

Internal QC
  • Menggunakan Contro sera yang telah diketahui nilainya, mean, SD..
  • Dijalankan setiap hari to ensure reliability result untuk setiap assay performed pada sample pt
  • Dijalankan berselang atau pada tempoh tertentu mengikut garispanduan yang telah ditetapkan.
  • Sebagai statistik control teknik untuk memastikan EQA
  • Mostly serves as precision control.

External QC
  • Proficiency testing program yang dibandingkan dengan peer group terutamanya well-run lab sebagai benchmark.
  • Kepekatan sebenar sera yang dijalankan tidak diketahui nilainya.
  • Serves kedua-dua iaitu precision dan accuracy.
  • Keputusan dapat menggambarkan ketepatan, kejituan, bias, error dll pada setiap analyser yang dijalankan
  • Memerlukan corrective actions



Apa itu Internal QC dan fungsinya..

Internal QC adalah Kawalan kualiti yang dijalankan pada peringkat dalaman. Ianya adalah untuk memastikan Analyser yang digunakan dapat mengeluarkan keputusan yang tepat. Cara menjalankan QC adalah dengan menjalankan ujian pada sample yang telah diketahui kepekatannya.Selalunya sample QC ini dibeli dari pembekal samaada dari syarikat yang sama dengan machine atau syarikat pembekal lain. maknenye.. Kalo kite pakai Machine Hitachi kita ble beli QC dari company hitachi jugak. TETAPI.. paling digalakkan adalah kita membeli 3rd party QC iaitu QC yang berlainan dari company mechine yang kita pakai supaya prestasi machine kita yang sebenar dapat kita tahu. Nak tau kenapa? sebab setiap machine pasti ada kelemahannya, jadi kalo kita gunakan QC dari company yg sama dengan machine kita pakai iaitu pembekal yg sama, QC tersebut sudah pasti dibuat supaya dapat menutup segala kelemahan analyser itu sendiri. Jadi, prestasi sebenar mesin kita akan hanyut syok sendiri. So, the best is using 3rd party QC dimana kebanyakkan Lab mempraktikkan ini.

Apa itu Calibration dan Mengapa ianya dilakukan?

Calibration adalah langkah mula-mula yang dilakukan untuk memaintainkan ketepatan sesebuah analyser. Proses kalibrasi ini menyediakan instrument tu pada keadaan di mana analyser tu boleh menghasilkan ketepatan result  dalam 'range' yang boleh diterima.Proses calibration ini secara generalnya(berlainan mengikut mesin yee..) menmerlukan mesin yang nak di calibrate itu untuk menganalysekan satu atau lebih sample yang telah diketahui/ditetapkan valuenya dipanggil 'calibrator'.. Hasil result tersebut digunakan unutk menetapkan hubungan antara teknik pengukuran yang dilakukan analyser dengan value calibrator yang telah diketahui tadi. Proses ni lebih kurang 'mengajar' instrument tu menghasilkan keputusan yg tepat. Sebab itulah QC dijalakan selepas melakukan calibration untuk menguji ketepatan value yg dihasilkan dari kalibrasi tadi..

Apa itu External QC dan fungsinya.

External QC adalah kualiti control yang dijalankan secara luaran. maknanye.. kalo internal QC kite kat Lab yang set kat machine MEAN dan RANGE QC kite yang di run tiap2 hari tu. Tapi External QC pulak adalah Sera QC yang kite terima dalam keadaan kita tak tau kepekatan QC itu tapi pihak syarikat yg buat QC tu tau la kepekatan die.So, die bagi kat lab2 dan lab2 tersebut akan run sampel QC tu mcm run patient pnye sampel. Bile dapat result, kite hantar result yg kite dapat tu ke syarikat yg provide QC tu dan diorang akan bandingkan dengan result yang sebenar. So, ada yg bagi skor dan ada yang bagi mgikut perbandingan lab2 yang sama ngan lab kite dan akan hantar kat kite keputusan sebenar dan kite ble tgk prestasi lab kite. Contoh syarikat yg provide QC assurance mcm EQAS, RCPA (yang aku tau la.. xpnah plak dengar selain dari ni) kalo Blood Bank (PDN ade provide). Walaubagaimanapun... External2 QC ni bukan lah free of charge.. setiap lab yang nak join perlu bayar la. Prestasi lab yg diorang bagi ada banyak data tentang ketepatan n kejituan lab result yg kite produce.


.

    Wednesday 1 June 2011

    BASIC LIFE SUPPORT (BLS)

    Apa itu CHOCKING/TERCEKIK ?

    Terjadi apabila sesuatu benda asing menyekat saluran pernafasan.Di mana ia akan mengganggu saluran pernafasan manusia. saluran pernafasan boleh tertutup semua atau pun separuh sahaja.

    a) adult (sedar) (abdominal thrust)

    hampiri mangsa dan cuba respon
    encik/cik,kamu ok ker?

    suruh mangsa batuk ,jika tidak boleh

    berdiri di belakang mangsa

    letakkan kaki sebelah kedepan,dimana jika mangsa pengsan ,
    kita boleh tahan dia daripada jatuh

    letakkan jari di tengah pusat

    tangan yg 1 lagi,buat genggaman dan letakkan atas dari jari yg berada di pusat

    jari yg berada di pusat mangsa kemudian letak pada tangan yg digenggam tersebut

    kemudian cuba tolak keatas sehingga makanan/benda dr mulut itu keluar.

    chest trust (khas untuk lelaki yg perut besar,dimana kita tidak sampai untuk peluk dia dan untuk wanita yg pregnant)

    letakkan jari di tengah dada

    tangan yg 1 lagi,buat genggaman dan letakkan atas dari jari yg berada di dada

    jari yg berada di dada mangsa kemudian letak pada tangan yg digenggam tersebut

    kemudian cuba tolak keatas sehingga makanan/benda dr mulut itu keluar.


    b)

    BASIC LIFE SUPPORT (BLS)

    Apa itu CPR?

    CPR ialah satu teknik, yg boleh menyelamatkan nyawa, tanpa menggunakan alat-alat yang canggih dan kepakaran yang boleh diperolehi di hospital.Anda dengan menggunakan tangan, mulut dan fikiran yang logik boleh teknik ini.Merupakan kombinasi teknik bantuan pernafasan mulut ke mulut dan juga tekanan dada.Berperanan membantu jantung untuk mengepam udara yg dihembus ke seluruh anggota badan.

    Tujuan CPR diberi ialah untuk menyelamatkan mangsa sebelum mendapat rawatan pakar di hospital.CPR boleh dilakukan apabila seseorang itu telah:
    • tidak sedarkan diri
    • tiada denyutan nadi di karotid
    • tidak bernafas.
    Panduan Lengkap C.P.R (D.R.S.C.A.B)

    • Pastikan kawasan selamat.( mangsa diletakkan di tempat yg rata,lapang,)
    • Panggil mangsa – “Hello, Hello”,kamu ok ker ?
    • jika mangsa adalah infant:tepuk tapak kaki baby,tuk tgk respon dr baby tersebut
    • perhatikan gerakan pernafasan mangsa untuk 5 saat
    • Jika tiada tindakbalas, minta bantuan orang ramai untuk memanggil ambulan atau hubungi ambulan (better kalau kita pilih org untuk ambil reaction call ambulans)
    • Betulkan kedudukan mangsa
    • Buka saluran pernafasan
    • Lakukan Dengar-Rasa-Lihat untuk 10 saat
    • Jika mangsa tidak bernafas, beri 2 hembusan perlahan-lahan.
    • Cari tempat tekanan – pertengahan tulang sternum.
    • Beri tekanan jantung 30 kali dengan 2 kali hembusan.
    • a)jika adult :letakkan tangan di tengah2 dada,antara 2 breast,1 bahagian sternum
    • b) jika baby : letakkan 2 jari di bahgian sternum.
    • Teruskan tekanan sehingga 5 kali pusingan.
    • Lihat jika ada tanda-tanda bernyawa – batuk, bernafas atau pergerakan.
    • Observe mangsa dlm 10 minit,dimana tiap 2 minit periksa nadi dan pernafasan mangsa.
    • Tunggu kehadiran ambulan.

    MENILAI SITUASI MANGSA ( PRIMARY SURVEY )
    Bertindak D R S C A B

    D = DANGER ( Bahaya )
    R = RESPONS ( Tindak Balas / Reaksi )
    S = SPONTANEOUS BREATHING
    A = AIRWAY ( Saluran Udara )
    B = BREATHING ( Pernafasan )
    C = COMPRESS ( Peredaran/Pengaliran Darah dari/ke jantung

    DANGER

    Lihat jika ada sebarang tanda-tanda bahaya.Pastikan keselamatan anda dan mangsa anda,pada prinsipnya – alihkan bahaya dari mangsa atau alihkan mangsa dari bahaya. letakkan mangsa di tempat yang rata,lapang.

    RESPONSE

    Panggil mangsa atau kejutkan mangsa, jika tiada tindak balas dari mangsa – lekas minta bantuan
    ambulans

    SPONTANEOUS BREATHING

    selepas periksa nadi..cuba tengok sama ada ada pergerakan pernafasan pada mangsa

    COMPRESS /PEREDARAN DARAH

    Langkah ini perlu dilakukan sekiranya jantung mangsa telah terhenti atau pun nadi mangsa tidak berdenyut.Lakukan tekanan pada dada mangsa sebanyak 30 kali dan diikuti dengan memberi 2 hembusan pernafasan kepada mangsa dan dilakukan dalam 5 pusingan.Sekiranya mangsa mempunya denyutan nadi anda hanya perlu teruskan dengan bantuan pernafasan
    adult :12 kali 5 saat
    infant :20 kali 3 saat
    selepas itu check nadi


    AIRWAY/SALURAN UDARA

    Betulkan kedudukan mangsa. Donggakan kepala mangsa untuk membuka saluran
    pernafasan dengan kaedah HEAD TILT – CHIN LIFT/ Dongak Kepala Angkat Dagu (atau Jaw Thrust ).Kedudukan ini akan mengangkat lidah mangsa dari arah belakang tekak supaya ia tidak menghalang laluan udara. Anda juga perlu membuat pemeriksaan visual kedalam mulut mangsa dan gunakan jari anda untuk membuang sebarang benda asing dari mulut,contohnya gigi palsu yg pecah.Tujuan dilakukan adlah untuk memastikan saluran udara untuk pernafasan adalah terbuka.

    BREATHING/PERNAFASAN

    Dekatkan telinga anda disisi mulut dan hidung mangsa dengan keadaan muka menghadap ke dada mangsa.Periksa pernafasan mangsa dengan membuat 3M = Melihat, Merasa dan Mendengar. Jika tiada pernafasan beri 2 hembusan bantuan.


    Teknik CPR