Sunday 12 June 2011

Internal & External QC

Internal vs External QC

Internal QC
  • Menggunakan Contro sera yang telah diketahui nilainya, mean, SD..
  • Dijalankan setiap hari to ensure reliability result untuk setiap assay performed pada sample pt
  • Dijalankan berselang atau pada tempoh tertentu mengikut garispanduan yang telah ditetapkan.
  • Sebagai statistik control teknik untuk memastikan EQA
  • Mostly serves as precision control.

External QC
  • Proficiency testing program yang dibandingkan dengan peer group terutamanya well-run lab sebagai benchmark.
  • Kepekatan sebenar sera yang dijalankan tidak diketahui nilainya.
  • Serves kedua-dua iaitu precision dan accuracy.
  • Keputusan dapat menggambarkan ketepatan, kejituan, bias, error dll pada setiap analyser yang dijalankan
  • Memerlukan corrective actions



Apa itu Internal QC dan fungsinya..

Internal QC adalah Kawalan kualiti yang dijalankan pada peringkat dalaman. Ianya adalah untuk memastikan Analyser yang digunakan dapat mengeluarkan keputusan yang tepat. Cara menjalankan QC adalah dengan menjalankan ujian pada sample yang telah diketahui kepekatannya.Selalunya sample QC ini dibeli dari pembekal samaada dari syarikat yang sama dengan machine atau syarikat pembekal lain. maknenye.. Kalo kite pakai Machine Hitachi kita ble beli QC dari company hitachi jugak. TETAPI.. paling digalakkan adalah kita membeli 3rd party QC iaitu QC yang berlainan dari company mechine yang kita pakai supaya prestasi machine kita yang sebenar dapat kita tahu. Nak tau kenapa? sebab setiap machine pasti ada kelemahannya, jadi kalo kita gunakan QC dari company yg sama dengan machine kita pakai iaitu pembekal yg sama, QC tersebut sudah pasti dibuat supaya dapat menutup segala kelemahan analyser itu sendiri. Jadi, prestasi sebenar mesin kita akan hanyut syok sendiri. So, the best is using 3rd party QC dimana kebanyakkan Lab mempraktikkan ini.

Apa itu Calibration dan Mengapa ianya dilakukan?

Calibration adalah langkah mula-mula yang dilakukan untuk memaintainkan ketepatan sesebuah analyser. Proses kalibrasi ini menyediakan instrument tu pada keadaan di mana analyser tu boleh menghasilkan ketepatan result  dalam 'range' yang boleh diterima.Proses calibration ini secara generalnya(berlainan mengikut mesin yee..) menmerlukan mesin yang nak di calibrate itu untuk menganalysekan satu atau lebih sample yang telah diketahui/ditetapkan valuenya dipanggil 'calibrator'.. Hasil result tersebut digunakan unutk menetapkan hubungan antara teknik pengukuran yang dilakukan analyser dengan value calibrator yang telah diketahui tadi. Proses ni lebih kurang 'mengajar' instrument tu menghasilkan keputusan yg tepat. Sebab itulah QC dijalakan selepas melakukan calibration untuk menguji ketepatan value yg dihasilkan dari kalibrasi tadi..

Apa itu External QC dan fungsinya.

External QC adalah kualiti control yang dijalankan secara luaran. maknanye.. kalo internal QC kite kat Lab yang set kat machine MEAN dan RANGE QC kite yang di run tiap2 hari tu. Tapi External QC pulak adalah Sera QC yang kite terima dalam keadaan kita tak tau kepekatan QC itu tapi pihak syarikat yg buat QC tu tau la kepekatan die.So, die bagi kat lab2 dan lab2 tersebut akan run sampel QC tu mcm run patient pnye sampel. Bile dapat result, kite hantar result yg kite dapat tu ke syarikat yg provide QC tu dan diorang akan bandingkan dengan result yang sebenar. So, ada yg bagi skor dan ada yang bagi mgikut perbandingan lab2 yang sama ngan lab kite dan akan hantar kat kite keputusan sebenar dan kite ble tgk prestasi lab kite. Contoh syarikat yg provide QC assurance mcm EQAS, RCPA (yang aku tau la.. xpnah plak dengar selain dari ni) kalo Blood Bank (PDN ade provide). Walaubagaimanapun... External2 QC ni bukan lah free of charge.. setiap lab yang nak join perlu bayar la. Prestasi lab yg diorang bagi ada banyak data tentang ketepatan n kejituan lab result yg kite produce.


.

    No comments:

    Post a Comment