CPR ialah satu teknik, yg boleh menyelamatkan nyawa, tanpa menggunakan alat-alat yang canggih dan kepakaran yang boleh diperolehi di hospital.Anda dengan menggunakan tangan, mulut dan fikiran yang logik boleh teknik ini.Merupakan kombinasi teknik bantuan pernafasan mulut ke mulut dan juga tekanan dada.Berperanan membantu jantung untuk mengepam udara yg dihembus ke seluruh anggota badan.
Tujuan CPR diberi ialah untuk menyelamatkan mangsa sebelum mendapat rawatan pakar di hospital.CPR boleh dilakukan apabila seseorang itu telah:
- tidak sedarkan diri
- tiada denyutan nadi di karotid
- tidak bernafas.
- Pastikan kawasan selamat.( mangsa diletakkan di tempat yg rata,lapang,)
- Panggil mangsa – “Hello, Hello”,kamu ok ker ?
- jika mangsa adalah infant:tepuk tapak kaki baby,tuk tgk respon dr baby tersebut
- perhatikan gerakan pernafasan mangsa untuk 5 saat
- Jika tiada tindakbalas, minta bantuan orang ramai untuk memanggil ambulan atau hubungi ambulan (better kalau kita pilih org untuk ambil reaction call ambulans)
- Betulkan kedudukan mangsa
- Buka saluran pernafasan
- Lakukan Dengar-Rasa-Lihat untuk 10 saat
- Jika mangsa tidak bernafas, beri 2 hembusan perlahan-lahan.
- Cari tempat tekanan – pertengahan tulang sternum.
- Beri tekanan jantung 30 kali dengan 2 kali hembusan.
- a)jika adult :letakkan tangan di tengah2 dada,antara 2 breast,1 bahagian sternum
- b) jika baby : letakkan 2 jari di bahgian sternum.
- Teruskan tekanan sehingga 5 kali pusingan.
- Lihat jika ada tanda-tanda bernyawa – batuk, bernafas atau pergerakan.
- Observe mangsa dlm 10 minit,dimana tiap 2 minit periksa nadi dan pernafasan mangsa.
- Tunggu kehadiran ambulan.
MENILAI SITUASI MANGSA ( PRIMARY SURVEY )
Bertindak D R S C A B
D = DANGER ( Bahaya )
R = RESPONS ( Tindak Balas / Reaksi )
S = SPONTANEOUS BREATHING
A = AIRWAY ( Saluran Udara )
B = BREATHING ( Pernafasan )
C = COMPRESS ( Peredaran/Pengaliran Darah dari/ke jantung
DANGER
Lihat jika ada sebarang tanda-tanda bahaya.Pastikan keselamatan anda dan mangsa anda,pada prinsipnya – alihkan bahaya dari mangsa atau alihkan mangsa dari bahaya. letakkan mangsa di tempat yang rata,lapang.
RESPONSE
Panggil mangsa atau kejutkan mangsa, jika tiada tindak balas dari mangsa – lekas minta bantuan
ambulans
SPONTANEOUS BREATHING
selepas periksa nadi..cuba tengok sama ada ada pergerakan pernafasan pada mangsa
COMPRESS /PEREDARAN DARAH
Langkah ini perlu dilakukan sekiranya jantung mangsa telah terhenti atau pun nadi mangsa tidak berdenyut.Lakukan tekanan pada dada mangsa sebanyak 30 kali dan diikuti dengan memberi 2 hembusan pernafasan kepada mangsa dan dilakukan dalam 5 pusingan.Sekiranya mangsa mempunya denyutan nadi anda hanya perlu teruskan dengan bantuan pernafasan
adult :12 kali 5 saat
infant :20 kali 3 saat
selepas itu check nadi
AIRWAY/SALURAN UDARA
Betulkan kedudukan mangsa. Donggakan kepala mangsa untuk membuka saluran
pernafasan dengan kaedah HEAD TILT – CHIN LIFT/ Dongak Kepala Angkat Dagu (atau Jaw Thrust ).Kedudukan ini akan mengangkat lidah mangsa dari arah belakang tekak supaya ia tidak menghalang laluan udara. Anda juga perlu membuat pemeriksaan visual kedalam mulut mangsa dan gunakan jari anda untuk membuang sebarang benda asing dari mulut,contohnya gigi palsu yg pecah.Tujuan dilakukan adlah untuk memastikan saluran udara untuk pernafasan adalah terbuka.
BREATHING/PERNAFASAN
Dekatkan telinga anda disisi mulut dan hidung mangsa dengan keadaan muka menghadap ke dada mangsa.Periksa pernafasan mangsa dengan membuat 3M = Melihat, Merasa dan Mendengar. Jika tiada pernafasan beri 2 hembusan bantuan.
No comments:
Post a Comment